Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Kerajaan lebih tumpu kepada kebajikan belia berbanding peralihan kuasa

  • Published in Nasional

 

POKOK SENA, 22 Feb - Fokus kerajaan kini lebih tertumpu kepada perkara berkaitan kebajikan belia seperti peluang pekerjaan, pendidikan termasuk isu PTPTN dan perumahan berbanding peralihan kuasa, tampuk pemerintahan.

Jelas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beberapa perkara mengenainya sudah diambil langkah positif dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengulas perkara itu pada program penyampaian sumbangan kepada pertubuhan belia dan persatuan sukan kawasan parlimen Pokok Sena dan Jerlun.