Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Indonesia : Syarikat perladangan asing dan tempatan sedang disiasat kegiatan pembakaran terbuka di Indonesia dan negara serantau

  • Published in Berita Dunia

INDONESIA - Syarikat perladangan asing dan tempatan sedang disiasat secara terperinci berhubung kegiatan pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu teruk di Indonesia dan negara serantau.

Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Sugeng RIyanto, setakat ini sebuah syarikat berpangkalan di Singapura dan empat syarikat gabungan firma korporat dari Malaysia mungkin berdepan hukuman.

Sebanyak 30 syarikat perladangan mendapat perhatian kerajaan dalam usaha mengenalpasti pihak terlibat kes pembakaran terbuka dan pembersihan ladang yang mencetuskan jerebu ketika ini.

Setiap tahun, pekebun kecil dan syarikat perladangan didakwa melakukan pembakaran bagi membersihkan ladang untuk penanaman semula.

Selain Indonesia, negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan selatan Thailand terjejas kerana jerebu berpunca daripada kebakaran di Sumatera dan Kalimantan.

Agensi bencana Indonesia kini aktif melaksanakan operasi pembenihan awan bagi memadamkan kebakaran.

Sehingga Sabtu, 42 helikopter digunakan menyiram 240 juta liter air dan 160 tan garam dalam operasi tersebut.