Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

NAP 2020 dijangka sumbang RM104.2 bilion kepada KDNK menjelang 2030

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 dijangka menyumbang RM104.2 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.

Ia selari jangkaan jumlah pengeluaran 1.47 juta kenderaan DAN jualan keseluruhan industri (TIV) pada 1.22 juta kenderaan bagi tempoh sama selain menyediakan lebih 300 ribu peluang pekerjaan baharu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata, unjuran itu meningkat lebih sekali ganda berbanding NAP 2014.