Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

PBB beri amaran, situasi kemanusiaan di Syria semakin buruk

  • Published in Berita Dunia

 

NEW YORK, 21 Feb - Situasi kemanusiaan semakin buruk di Syria.

Amaran itu diberi Setiausaha Rendah Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Mark Lowcock.

Sehubungan itu beliau menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan ketika serangan kerajaan terhadap pemberontak di barat laut Syria berterusan.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat di ibu pejabat Majlis Keselamatan PBB di New York.

Menurutnya tiada tempat yang selamat di Idlib dengan hampir 50 ribu penduduk berlindung di bawah pokok atau kawasan terbuka.

Bayi dan kanak-kanak pula dilaporkan mati dalam kesejukan.

Tentera Syria yang disokong pesawat perang Rusia dan pasukan khas bertempur sejak Disember untuk memusnahkan kubu pemberontak terakhir di wilayah Idlib dan Aleppo.