Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

COVID-19: China minta perpaduan ASEAN berdepan kritikan

  • Published in Berita Dunia

 

VIENTIANE, 21 Feb - China meminta perpaduan dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, ASEAN ketika berdepan dengan kritikan tentang cara Beijing menangani wabak ditempat-tempat lain.

Perkara itu dinyatakan dalam satu pertemuan khas bagi membincangkan cara menangani COVID-19.

Sidang kemuncak yang diadakan secara tergesa-gesa di Laos itu memberi isyarat yang China sedang mendapatkan sokongan dari negara jirannya yang lebih kecil dimana ia telah mencurahkan berbilion dolar dalam infrastruktur dan pelaburan sejak kebelakangan ini.

Wang mendesak Singapura mengendurkan "larangan melawat" ke atas pelancong China dengan negara-negara lain kemungkinan besar berdepan tekanan sama pada pertemuan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, ASEAN.

Malah selepas mesyuarat bermula, Thailand hari ini mengeluarkan nasihat perjalanan supaya mengelak lawatan yang tidak penting ke China dan menasihati rakyatnya yang berada di China supaya meninggalkan negara itu.

Tambah Bangkok, penerbangan ke China akan diperketatkan lagi.

Beijing dikritik hebat kerana cara ia menangani wabak COVID-19 yang bermula dari bandar raya Wuhan di wiayah Hubei sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan telah membunuh sekurang-kurang 2,000 orang.

Larangan perjalanan untuk menghalang merebaknya penyakit menyebabkan sebahagian besar ekonomi kedua terbesar dunia itu terbiar dan mencekik elemen utama Presiden Xi Jinping yang menjurus kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi keretapi, pelabuhan dan lebuh raya.