Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Indonesia : Ribuan penduduk mengadakan solat hajat memohon hujan

  • Published in Berita Dunia

INDONESIA - Di Indonesia, ribuan penduduk mengadakan solat hajat memohon hujan di kawasan terjejas teruk jerebu di Pulau Sumatera.

Kebanyakan penduduk yang turut serta memakai topeng wajah.

Keadaan jerebu di Indonesia semakin teruk dengan kebakaran hutan ketika musim kemarau.

Kerja-kerja pemadaman kebakaran giat dilaksanakan kerajaan dengan kerahan beribu-ribu anggota keselamatan termasuk menggunakan helikopter.

Kebakaran hutan di Indonesia, yang berlaku saban tahun bertambah teruk tahun ini berikutan cuaca kering.