Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

COVID-19; WHO sahkan 92 kes penularan antara manusia ke manusia di luar China

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 20 Feb - Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan terdapat 92 kes penularan COVID-19 antara manusia ke manusia di 12 negara di luar China.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dalam perkembangan berkaitan Suruhanjaya Kesihatan China mengumumkan 114 kematian baharu akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara terbabit.

394 kes jangkitan baharu turut dikesan.

Angka itu menjadikan jumlah kematian global angkara virus berkenaan meningkat kepada sekurang-kurangnya 2,125 dengan jumlah kes yang disahkan mencecah 75,576 kes.