Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Penumpang Diamond Princess Negatif COVID-19 dibebaskan

  • Published in Berita Dunia

YOKOHAMA, 20 Feb - Ratusan penumpang Diamond Princess yang disahkan negatif COVID-19 dibenarkan meninggalkan kapal persiaran itu selepas tempoh kuarantin 14 hari berakhir semalam.

Tindakan itu setelah Jepun dikecam hebat pelbagai pihak kerana gagal membendung penularan virus berkenaan dalam kapal berkenaan.

Visual memaparkan seorang penumpang warga Australia, Clare Hedger merakam dirinya meninggalkan Diamond Princess sebelum dia dan ibunya dibawa menaiki bas.

Lebih dari 150 penumpang Australia tiba di rumah selepas berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan akan dikuarantin selama 14 hari.

Manakala lebih 100 penumpang dari Hong Kong juga akan pulang ke rumah, sementara rakyat Kanada akan menaiki penerbangan sewa khas hari ini.

79 kes baharu melibatkan penumpang direkodkan, dengan jumlah keseluruhan melebihi 620 kes.

Sekali gus menyaksikan separuh daripada semua kes di luar China datangnya dari kapal berkenaan.

Kapal yang membawa 3,700 penumpang itu dikuarantin di pelabuhan berhampiran Yokohama sejak 5 Februari lalu.