Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Rusia memulakan prosiding di Mahkamah Hak Asasi Eropah ke atas Ukraine

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT - Wakil perundangan Rusia memulakan prosiding di Mahkamah Hak Asasi Eropah bagi mencabar tuduhan Ukraine bahawa Moscow telah melanggar Konvensyen Eropah Mengenai Hak Asasi Manusia.

Di dalam pernyataan pembukaan, Timbalan Menteri Kehakiman Rusia, Mikhail Galperin berhujah, Ukraine gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa anggota tentera Rusia terlibat di dalam pelanggaran hak asasi seperti didakwa.

Ukraine sebelum ini mendakwa, Rusia melaksanakan kawalan ke atas Crimea dan bandaraya Sevastopol.

Ketika operasi tersebut, Rusia dituduh melakukan penyiksaan, menahan tanpa perbicaraan dan layanan tidak berperikemanusiaan sejak Februari 2014.

Galperin berkata, Ukraine membuat dakwaan itu berasaskan politik dan propaganda kerana tidak mengemukakan bukti jelas.

Ukraine sebelum ini turut mendakwa unit separa tentera Rusia mengancam paderi dan wartawan.

Wakil Ukraine, Ben Emmerson menjawab hujah Galperin dengan berkata, Rusia sengaja menyekat akses kepada penyiasat di Crimea menyebabkan tiada lebih ramai saksi yang tampil bagi menyokong dakwaan Ukraine.

Emmerson kemudian meminta mahkamah merujuk kepada penilaian Pertubuhan Bangsa Bersatu P-B-B mengenai pencabulan hak asasi manusia di Crimea sejak Rusia menakluk wilayah berkenaan