Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Poland Tarik Balik Telur Dicemari Antibiotik

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

WARSAW - Perkhidmatan veterinar Poland, semalam menarik balik kira-kira 4.3 juta telur yang dicemari antibiotik, selepas beberapa hari Belanda mengarahkan ia dikeluarkan dari pasar raya di Jerman.

Pegawai mengarahkan telur berkenaan, yang dijual di pasar domestik, ditarik balik susulan pemeriksaan yang diadakan, demikian menurut kenyataan.

Ketua perkhidmatan veterina Poland, Pawel Niemczuk, berkata ubat itu dimasukkan secara salah ke dalam makanan untuk diberikan kepada ayam yang bertelur di ladang berhampiran Poznan.

Selasa lalu, pihak berkuasa Jerman menarik balik kira-kira 73,000 telur Belanda dari pasar raya selepas ditemui dicemari fipronil, racun serangga sama yang mencetuskan kebimbangan tahun lalu.

Kementerian Pertanian Lower Saxony berkata, kumpulan telur tercemar itu datang dari ladang organik di Belanda, tetapi menegaskan ia tidak bahaya kepada kesihatan manusia. 

((AFP))