Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

COVID-19: Lebih 70 ribu kes disahkan positif di China

  • Published in Berita Dunia


CHINA,19 Feb 
- Pihak Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengesahkan jumlah mereka yang positif virus tersebut adalah 70,548 kes.

Terdapat 2,048 kes baharu disahkan positif. Manakala 105 orang maut meliputi 31 wilayah.

Daripada jumlah yang maut itu 100 kes di wilayah Hubei,3 kes maut di Henna dan seorang di Guangdong.

Jelas suruhanjaya itu lagi seribu 563 lagi dilaporkan sebagai suspek COVID-19.
Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal pula seramai 10,664 orang.

Selain itu lebih 546 ribu kontak rapat telah disaring.
Daripada jumlah berkenaan 395,477 dibenarkan keluar dari hospital manakala baki dalam pemantauan pakar perubatan.