Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Lelaki tembak mati bekas isteri dalam serangan di Bangkok

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK,19 Feb - Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dan mencederakan beberapa yang lain dalam serangan di Bangkok, Thailand.

Kejadian berlaku 10 hari selepas insiden tembakan yang mengorbankan banyak nyawa di negara sama.

Serangan berlaku di sebuah pusat beli belah.

Ketika itu, mangsa yang juga bekas isterinya sedang berkerja di sebuah klinik kecantikan yang terletak di dalamnya.

Suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan.Sebahagian daripadanya terkena orang ramai.

Dia kemudiannya melarikan diri. Usaha memburu suspek giat dijalankan.

9 Februari lalu, seorang tentera melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli belah di Nakhon Ratchasima.