Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Presiden Indonesia ketiga, BJ Habibie meninggal dunia petang tadi

  • Published in Berita Dunia

 

INDONESIA - Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali dengan panggilan BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialami.

Menurut BERNAMA, anak lelakinya, Thareq Kemal yang dipetik media tempatan berkata, bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat, selepas menjalani rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lepas.

BJ Habibie, 83 tahun, adalah presiden Indonesia yang ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Pada Mac 2018, BJ Habibie turut menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’.