Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

10 Maut Dipanah Petir Di Bengal Barat, India

  • Published in Berita Dunia
Foto Hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dipanah petir, di beberapa kawasan  berasingan di Bengal Barat, India, kata pegawai pengurusan bencana pada Rabu. 

Menurut agensi berita Xinhua, kejadian berlaku pada Selasa selepas ribut petir melanda Bankura, Hooghly, West Midnapore Barat, Birbhum dan wilayah Parganas. 

"Empat terbunuh di daerah Bankura, tiga di Hooghly, dan masing-masing seorang di Midnapore Barat, Birbhum dan Parganas," kata pegawai berkenaan.

Monsun barat daya menyebabkan negeri-negeri itu dilanda hujan lebat yang turut menyebabkan perkhidmatan kereta api di bandar Kolkata terjejas.

Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat melanda beberapa kawasan terpencil di Bengal Barat dalam tempoh 24 jam akan datang dan nelayan dinasihatkan supaya tidak ke laut. 

Bulan lepas kejadian sama berlaku di lima negeri, meragut lebih 250 nyawa dan mencederakan lebih 400 orang. 

((BERNAMA))