Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

COVID-19: Kematian di China meningkat kepada 1,870 mangsa

  • Published in Berita Dunia

 

HUBEI, 18 Feb - Kadar kematian angkara COVID-19 melepasi 1,800 mangsa di China.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan 98 lagi maut di Hubei menjadikan 1,870 orang meninggal dunia akibat wabak ini.

Jumlah mereka yang positif virus tersebut ialah 72, 548 kes.

Terdapat 2,048 kes baharu disahkan positif.

Seribu 563 lagi dilaporkan sebagai suspek COVID-19.

Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal pula menghampiri sebelas ribu orang.

Selain itu lebih 546 ribu kontak rapat telah disaring.

Daripada jumlah berkenaan hampir 400 ribu orang dibenarkan keluar dari hospital manakala baki dalam pemantauan pakar perubatan.