Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Pelan strategik 10 tahun Kanada

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

OTTAWA - Kanada mendedahkan pelan strategik 10 tahun bagi wilayahnya yang kaya dengan sumber galian di Artik.

Rancangan itu termasuk mengukuhkan kehadiran tentera dan bertindak balas terhadap persaingan antarabangsa.

Berdasarkan satu dokumen dasar, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau menyatakan komitmen berterusan untuk memelihara kedaulatannya di sepanjang laluan yang disifatkan negara lain sebagai perairan antarabangsa.

Wilayah Artik menawarkan deposit petrolem dan kayu balak selain pintasan laluan maritim di antara Eropah dengan Asia melalui Terusan Northwest di Kepulauan Artik Kanada.