Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Beijing selar tindakan Jerman campur tangan protes di Hong Kong

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

BEIJING - Beijing menyifatkan pertemuan Menteri Luar Jerman, Heiko Maas dan aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Joshua Wong sebagai tidak menghormati China.

Kementerian Luar China menyelar pertemuan itu dan mengatakan Jerman tidak sepatutnya campur tangan di dalam gelombang sentimen anti-China di Hong Kong.

Pada pertemuan itu, Wong memberi penjelasan mengenai protes dan hasrat mereka memulihkan demokrasi di Hong Kong.

Wong kini berada di Berlin dalam usaha mendapatkan sokongan negara luar supaya menyokong gerakan pro-demokrasi di wilayah China itu.

Beliau dijadual mengadakan perbincangan pada Rabu di Universiti Humboldt sebelum berlepas ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Beijing menggambarkan sikap Jerman itu sebagai mencampuri hal ehwal dalaman China.