Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Trump, Kim Tinggalkan Hotel Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Berkepentingan Tinggi

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un meninggalkan hotel masing-masing untuk menghadiri sidang kemuncak berkepentingan tinggi di Singapura pagi ini.

Trump dan Kim dijadual bertemu pada pukul 9 pagi (waktu Singapura) di pusat peranginan Pulau Sentosa, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Sidang kemuncak bersejarah itu akan memfokus kepada pelucutan senjata nuklear Pyongyang sebagai balasan kepada jaminan keselamatan Washington.

((BERNAMA))