Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

COVID-19 : Angka kematian global meningkat kepada 1,775 orang

  • Published in Berita Dunia

WUHAN, 17 Feb - Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat kepada 1,775 orang, berbanding 1,600 orang semalam.

Kematian paling ramai di wilayah Hubei, China iaitu 145 orang dalam tempoh sehari.

Manakala jumlah kes jangkitan sebanyak 71,334 kes.

11,029 pesakit pula dilaporkan pulih daripada wabak berkenaan.

Wuhan kini dalam darurat kesihatan, dengan penduduknya tidak dibenar keluar rumah selama tiga minggu.

Beijing pula mengarahkan individu yang kembali ke ibu negara itu untuk dikuarantin 14 hari.

Lebih 70,000 orang telah dijangkiti COVID-19 di China.

Wabak itu mula merebak ke 29 buah negara melibatkan ratusan kes, dengan 4 kematian masing-masing di Hong Kong, Jepun, Filipina dan Perancis.