Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Sambutan Asyura di Karbala, Iran bertukar tragedi

  • Published in Berita Dunia

IRAN - Sambutan Asyura di Karbala, Iran bertukar tragedi apabila laluan pejalan kaki runtuh lalu membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 100 yang lain.

Tragedi ini disifatkan sebagai paling buruk dalam sejarah sambutan Asyura di negara itu.

Laluan pejalan kaki berhampiran makam Hussin bin Ali itu runtuh ketika upacara terakhir dilaksanakan pengikut Syiah yang dipanggil Tweireej.

Upacara berkenaan menyaksikan berpuluh ribu penganut Syiah berlari dalam jarak 2 hingga 3 kilometer menuju ke makam Hussin sebagai memperingati peristiwa bersejarah ketika pembunuhan Hussin di Karbala.

Sambutan Asyura di Karbala setiap tahun disertai ratusan ribu rakyat Iran dan tragedi runtuhan laluan pejalan kaki ini memberi kesan mendalam ketika sambutan Asyura masuk hari terakhir