Wednesday, May 27, 2020

updated 8:31 AM UTC, May 27, 2020

Mesir umum kes pertama jangkitan COVID-19

  • Published in Berita Dunia

KINSHASA, 17 Feb - Mesir mengesahkan kes pertama jangkitan COVID-19 di benua Afrika.

Kementerian kesihatan Mesir mengumumkan perkara itu dan telah memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pihak berkuasa Mesir telah menempatkan pesakit berkenaan di hospital untuk isolasi kuarantin.

Kementerian Kesihatan Mesir turut memaklumkan, pesakit kes pertama yang dikenalpasti itu dalam keadaaan stabil dan bukan warga Mesir.

Terdahulu, Mesir menangguhkan semua penerbangan ke China pada awal bulan ini.

Dan penangguhan itu masih dijalankan sehingga akhir Februari.

Mesir juga sebelum ini membawa pulang 301 rakyatnya dari Wuhan, dan mereka masih menjalani proses kuarantin 14 hari.

#BeritaRTM #RTM #COVID19 #WHO #Mesir