Sunday, May 31, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

Angka kematian meningkat kepada 1,775 orang, kes jangkitan COVID-19 meningkat kepada 71,334

  • Published in Berita Dunia

BEIJING, 17 Feb - Perkembangan insiden penularan wabak COVID-19.

Terkini, angka kematian akibat wabak itu MENINGKAT kepada SERIBU, 775 orang, berbanding semalam seribu 600 orang.

Angka itu meningkat dengan kematian paling ramai di wilayah Hubei, China seramai 145 orang dalam tempoh sehari.

Manakala jumlah kes jangkitan terkini adalah sebanyak 71 ribu 334 kes dan seramai 11 ribu 029 pesakit dilaporkan telah pulih dari wabak berkenaan.

Daripada jumlah itu, angka kematian majoriti dicatatkan di wilayah Wuhan, iaitu bandar yang didiami kira-kira 11 juta penduduk.

Dan kes kematian pertama yang dilaporkan di luar Asia memicu kebimbangan global.

Wuhan kini dalam darurat kesihatan atau penduduknya tidak dibenar keluar rumah selama tiga minggu bagi mengelak penularan wabak menjadi lebih serius.

COVID-19, mula merebak ke luar China pada Disember lalu dan kini merebak ke 29 buah negara melibatkan ratusan kes dengan 4 kes kematian masing-masing di Hong Kong, Jepun, Filipina serta Perancis.

Angka kematian akibat wabak COVID-19 mengatasi jumlah maut disebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk - SARS yang meragut 774 nyawa dari 2002 hingga 2003 di China.

Di China, lebih 70 ribu orang kini telah dijangkiti virus yang muncul di wilayah tengah Hubei pada bulan Disember lalu, sebelum tersebar ke beberapa buah negara lain.

Di tengah kritikan terhadap pengendalian krisis penularan wabak maut itu, Presiden China Xi Jinping menyeru kepolisan yang lebih tegas untuk melindungi kestabilan sosial.

Sementara Beijing mengambil langkah drastik, mengarahkan individu yang kembali ke ibukota itu untuk dikuarantin selama 14 hari bagi mengekang penularan COVID-19.