Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

7 Lelaki Warga Malaysia Ditahan Polis Thailand Positif Dadah

  • Published in Berita Dunia
Foto - IHSAN

9 JUN: DANOK, THAILAND - Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah disko popular di Danok, berhampiran  sempadan Malaysia-Thailand  dan menahan 38 pelanggan asing termasuk tujuh lelaki warga Malaysia yang didapati positif dalam ujian awal penyalahgunaan dadah .

Timbalan Pegawai Daerah Sadao Nawapol Chantaniwes berkata turut ditahan dalam serbuan   bermula  dari 1 pagi (waktu tempatan) hari ini dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.

Laporan bernama menyebut  kesemua pelanggan asing adalah lelaki dan wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun dan  daripada pelbagai warganegara, Laos, Myanmar. China, Malaysia dan Kemboja.

Menurut Nawapol lagi; mereka akan menjalani pemeriksaan yang lebih teliti untuk mengesan penyalahgunaan dadah.

Serbuan oleh 50 anggota polis dan pegawai pejabat daerah ke atas disko yang terletak di tingkat bawah  sebuah hotel di Danok dilaksanakan setelah mendapat aduan daripada penduduk tempatan mengenai   aktiviti  pengedaran dadah di pusat hiburan itu.  

Lebih daripada 400 pengunjung berada di dalam disko itu ketika serbuan dibuat.

Nawapol berkata, antara dadah yang dirampas semasa serbuan itu ialah "ice" (methampetamine kristal), ekstasi, ketamin dan  marijuana.

((RTM TV))