Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

18 Orang Awam Termasuk 2 Kanak-kanak Maut Dalam Serangan Udara Yang Dilakukan Sekutu Rejim, Rusia.

  • Published in Berita Dunia
Foto:AFP

SYRIA - 18 orang awam termasuk 2 kanak-kanak maut dalam serangan udara yang dilakukan oleh sekutu rejim, Rusia di kawasan perumahan Zardana, di Barat Laut Idlib.

Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, serangan itu turut mencederakan 50 yang lain.

Angka tersebut dijangka meningkat kerana sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan.

Sejak Rusia campur tangan dalam konflik di Syria pada 2015, rejim Syria telah menguasai semula kira-kira separuh daripada negara itu.  

Lebih 350, 000 orang terbunuh dalam perang Syria sejak ia bermula pada 2011, dengan penindasan kejam terhadap bantahan kumpulan anti-kerajaan.

((AFP))