Monday, August 20, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Angka Korban Letusan Gunung Berapi Guatemala Cecah 75 Orang

  • Published in Berita Dunia
Foto: Google

GUATEMALA - Angka kematian dalam letusan gunung berapi Fuego di Guatemala meningkat kepada 75 orang.

Kira-kira 200 yang lain, masih hilang.

Demikian menurut Pengarah Agensi Pengurusan Bencana, Sergio Cabanas.

Menurutnya, jumlah kematian dijangka terus meningkat.

Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi semalam selepas berdepan letusan baharu yang menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Penyelia operasi berkenaan, Jeneral Walter Sanchez berkata, operasi yang dijalankan berhampiran El Rodeo juga berdepan kesukaran berikutan bahang teramat panas.

((AFP))