Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Jepun catat kematian pertama wabak COVID-19

  • Published in Berita Dunia

TOKYO, 14 Feb - Seorang wanita berusia 80-an menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat coronavirus atau COVID-19 di Jepun.

Menteri kesihatan Jepun mengakui, ia adalah kes kematian pertama positif Covid-19 di negara itu.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, hubungan antara coronavirus baharu itu dengan kematian wanita itu masih tidak jelas.

Sehingga kini, Jepun mencatatkan 251 kes positif COVID-19.

Empat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala 10 telah pulih dari virus berkenaan.