Thursday, February 27, 2020

updated 5:28 AM UTC, Feb 27, 2020

Kes kematian meningkat 1,489 orang, China ubah kaedah pengiraan kes positif Covid-19

  • Published in Berita Dunia

BEIJING, 14 Feb - Perkembangan wabak COVID-19

Angka kematian semakin meningkat kepada SERIBU 489 kes.

Jumlah kes jangkitan disahkan pula mencecah 60 ribu kes.

Angka kematian itu merupakan yang tertinggi berbanding jumlah kematian akibat wabak maut sebelum ini seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk - SARS yang berlaku di China pada tahun 2002 hingga 2003.

Dalam pada itu, China mengubah kaedah bancian atau pengiraan kes jangkitan COVID-19.

Berdasarkan data terkini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Hubei mencatatkan peningkatan kes kematian akibat wabak itu sebanyak 250 peratus.

Dan kadar kes jangkitan baharu meningkat sembilan kali ganda berbanding sebelum ini.

Sekali gus ia merupakan angka tertinggi yang dicatatkan.

Suruhanjaya itu memaklumkan, jumlah peningkatan mengejut itu adalah kerana China mengambil kira jumlah kes jangkitan pesakit baharu yang didiagnosis

Kaedah bancian atau pengiraan terbaharu itu dilaksanakan bagi memudahkan pegawai perubatan melakukan persediaan yang lebih baik bagi menghadapi penularan lebih luas COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, terlalu awal untuk memberitahu epidemik itu telah mencecah ke puncaknya.

Pihak kerajaan China dan Politburo mengadakan dua mesyuarat berkenaan pencegahan epidemik dan kaedah pemulihan COVID-19.