Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Pertemuan Antara Donald Trump dengan Kim Jong Un Akan Diadakan di Singapura

  • Published in Berita Dunia
Foto:AFP

SINGAPURA - Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un akan diadakan di Hotel Capella di Pulau Sentosa.

Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders berkata, lokasi itu dipilih disebabkan faktor; mudah dikawal dan tahap keselamatan yang tinggi.

Pihak berkuasa Singapura telah menandakan zon keselamatan khas di sebahagian pulau tersebut, terutama di sekitar hotel Capella. Senjata api, sistem bunyi, sepanduk, suar api dan dron tidak dibenarkan di zon khas berkenaan. Pertemuan kedua-dua pemimpin dijadualkan bermula pukul 9-pagi, 12-Jun ini.


((AFP))