Wednesday, 12 August 2020

updated 7:18 AM UTC, Aug 12, 2020

Kapal persiaran MS Westerdam berlabuh di Kemboja bimbang wabak COVID-19

  • Published in Berita Dunia

KEMBOJA, 14 Feb - Kapal persiaran MS Westerdam akhirnya diterima untuk berlabuh di Kemboja selepas ditolak oleh empat buah negara yang khuatir dengan wabak koronavirus (COVID-19).

Kapal yang membawa lebih 2 ribu penumpang termasuk 802 anak kapal sebelum itu tidak diterima untuk berlabuh di empat buah negara iaitu Jepun, Filipina, Taiwan dan Thailand.

Kementerian Kesihatan Kemboja mengesahkan hasil ujian yang di ambil daripada 20 penumpang kapal mendapati mereka bebas daripada virus sebelum memberi kebenaran untuk berlabuh di negara itu.

Dalam masa sama, jurucakap Kementerian Kesihatan Kemboja, Or Vandine berkata, jika hasil pemeriksaan mendapati ada penumpang yang dijangkiti COVID-19, mereka dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di Kemboja.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen akan berkunjung ke Sihanoukville untuk menyambut penumpang kapal tersebut.

Kapal persiaran tersebut terpaksa berlayar dua minggu selepas lima negara menolaknya .