Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Utusan Baharu PBB Myanmar Bakal Melawat Naypyidaw

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

UNITED NATION - Utusan baharu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Myanmar, Christine Schraner Burgener akan melakukan lawatan pertama ke Naypyidaw , bulan depan.

Ia bertujuan untuk mengadakan perbincangan mengenai krisis pelarian Rohingya.

Mesyuarat pusingan pertama itu diadakan, susulan lawatan Majlis Keselamatan ke Myanmar.

Schraner Burgener dilantik memegang jawatan itu bulan lalu, selepas mendapat persetujuan kerajaan Myanmar.

Sebelum ini, beliau merupakan Duta Switzerland ke Jerman.


((AFP))