Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Ebola : Masyarakat Congo Lebih Percaya Dukun

  • Published in Berita Dunia

KINSHASA - Pekerja kesihatan yang memerangi penularan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo berhadapan halangan yang sukar diatasi.

Kepercayaan khurafat masyarakat tempatan bahawa virus Ebola adalah satu sumpahan atau perbuatan roh jahat.

Menurut jururawat yang berkhidmat di bandar Mbandaka, Julie Lobali, sesetengah pesakit menolak penjagaan perubatan.

Mereka sebaliknya percaya kepada dukun.

Sejak penularan diisytiharkan di kawasan terpencil Bikoro pada 8Mei, 51 kes Ebola telah dilaporkan dengan 27 kes kematian.

((AFP))