Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Diplomat AS Diusir Dari Venezuela

  • Published in Berita Dunia

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengesahkan pengusiran dua diplomat kanan Amerika Syarikat dari negara itu.

Semasa mengumumkan perkara tersebut beliau berkata, mereka diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Venezuela.

Langkah itu sebagai membantah tindakan Washington memperketat sekatan terhadap Venezuela selepas Maduro memenangi pilihan raya presiden untuk penggal kedua.

Amerika menganggap pilihan raya itu tidak demokratik kerana dipulau pihak pembangkang.

((AFP))