Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Pemandu Trak Brazil Lancar Mogok Harga Minyak Naik

  • Published in Berita Dunia

Foto - AFP 

SAO PAULO - Pemandu trak di Brazil meneruskan mogok dan sekatan jalan untuk hari kedua.

Mereka membantah kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurut kenyataan Polis Lebuh Raya Persekutuan, jalan raya utama di hampir kesemua 27 negeri sesak berikutan sekatan jalan.

Sejak penghujung tahun 2016, syarikat minyak gergasi Brazil, Petrobras menaikkan harga bahan bakar, selaras dengan kenaikan harga di pasaran global.

Bulan ini, kos purata sebelum cukai bagi penapisan diesel, naik 12 peratus manakala petrol 14 peratus.

((AFP))