Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Pengambilan Telur Dapat Kurangkan Penyakit Berbahaya

  • Published in Berita Dunia
Foto Hiasan

Satu kajian menyatakan, pengambilan sebiji telur sehari sebenarnya dapat mengurangkan bahaya sakit jantung dan angin akhmar, menurut penyelidikan yang diterbitkan pada hari Isnin di jurnalHeart.

Sebelum ini, pakar kesihatan memberi amaran bahawa pengambilan telur meningkatkan tahap kolesterol yang bahaya.

Menurut penulis kajian, orang dewasa China yang mengambil sebiji telur setiap hari mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan, kira-kira 17.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular setiap tahun, kematian ketiga tertinggi di seluruh dunia.


((AFP))