Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Turki Usir Keluar Duta Regim Zionis

  • Published in Berita Dunia
Foto - BERNAMA

17 MEI: TURKI - Turki turut bertindak mengusir pulang Duta regim zionis dari buminya berikutan keganasan yang berlaku sepanjang sempadan Israel dengan Gaza.

Sehari selepas ia mengusir duta Israel, Turki turut meminta konsul umum Israel di Istanbul meninggalkan negara itu.

Israel membalas tindakan itu dengan memanggil seorang diplomat Turki kerana menggangap pengusiran diplomatnya sebagai satu penghinaan.

Kementerian Luar Israel menuduh Turki memalukan dutanya dengan melakukan pemeriksaan keselamatan yang ketat semasa di lapangan terbang di Istanbul serta menjemput media tempatan turki membuat liputan pengusiran itu.

((RTM TV))