Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Amerika Syarikat Masih Berhasrat Bekerjasama Dengan Kuasa Eropah Untuk Menghasilkan Perjanjian Baharu Berkaitan Program Nuklear Iran.

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT - Amerika Syarikat masih berhasrat bekerjasama dengan kuasa Eropah untuk menghasilkan perjanjian baharu berkaitan program nuklear Iran.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, Washington berharap, perjanjian dengan skop yang lebih luas dapat digarap bagi menangani sikap Tehran yang dilihat cuba menguasai rantau Asia Barat sejak perjanjian 2015, dimeterai.


Selasa lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan keputusan Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran. Keputusan tersebut menyebabkan syarikat-syarikat Eropah berhadapan dengan sekatan jika berurus niaga dengan Iran.

((AFP))