Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Malaysia Bantah Pembukaan Rasmi Kedutaan Amerika Syarikat Di Baitulmuqaddis

  • Published in Berita Dunia
Foto: wikipedia

KUALA LUMPUR - Malaysia membantah keras keputusan Amerika Syarikat membuka kedutaan negara itu secara rasmi di Baitulmaqdis, semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia percaya langkah itu akan menjejaskan usaha ke arah penyelesaian menyeluruh dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

Ia akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada keselamatan dan kestabilan rantau Asia Barat, tetapi juga meniupkan sentimen dan menghalang rundingan damai pada masa depan.

((BERNAMA))