Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

28 Maut Dalam Serangan Bom Kereta Di Bandar Idlib, Syria

  • Published in Berita Dunia
Foto: AFP

SYRIA - Sekurang-kurangnya 28-orang, termasuk orang awam dan anggota kumpulan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda maut dalam serangan bom kereta di bandar Idlib, Syria.

Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, mangsa yang terbunuh termasuk lima kanak-kanak, 10 anggota kumpulan Hayat Tahrir al-Sham dan 8-orang yang disyaki anggota militan Daesh.

Identiti lima lagi mangsa belum dikenal pasti. Serangan menyasarkan sebuah tribunal yang dibentuk oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham untuk menempatkan tahanan Daesh.

((AFP))