Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

1 Lagi Kes Disyaki Jangkitan Ebola Dilaporkan Di Republik Demokratik Congo

  • Published in Berita Dunia
Foto: Gambar hiasan - Google

CONGO - 1 lagi kes disyaki jangkitan Ebola dilaporkan di Republik Demokratik Congo.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes terbaharu itu dikesan di Bikoro, wilayah barat laut Congo.

Ia menjadikan jumlah kes yang disyaki jangkitan meningkat kepada 35, termasuk 2 kes yang disahkan Ebola.

Penularan virus Ebola setakat ini telah menyebabkan 18 orang meninggal dunia.

WHO merancang memulakan kempen pelalian menggunakan vaksin eskperimental. Vaksin dijangka tiba pada Rabu atau Khamis ini.

((AFP))