Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Majlis perkahwinan dibom - Afghanistan

  • Published in Berita Dunia

 

AFGHANISTAN - Kegembiraan dan sambutan bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan apabila penyerang bunuh diri kumpulan Daesh menjadikan majlis perkahwinan sebagai sasaran, membunuh sekurang-kurang 63 orang.

Saksi berkata, ia serangan paling banyak membawa maut yang menggegarkan Kabul dalam tempoh berbulan.

Letupan yang kuat, berlaku lewat Sabtu di barat Kabul, dilancarkan ketika Washington dan Taliban memuktamadkan perjanjian untuk mengurangkan jumlah askar Amerika Syarikat di Afghanistan dan berharap dapat menerapkan rangka kerja kearah gencatan senjata.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, penyerang bunuh diri melakukan serangan dengan tidak kurang 182 orang cedera.

Antara mangsa ialah wanita dan kanak-kanak.

Perkahwinan di Afghanistan sesuatu yang besar dan gemilang, dengan beratus-ratus tetamu hadir, mengadakan sambutan selama berjam jam dalam dewan, dimana kaum lelaki dipisahkan dari wanita dan kanak-kanak.

Keadaan selepas letupan menjadi huru-hara dan kecoh kata seorang saksi yang turut cedera.

Imejan dari dalam dewan menunjukkan mayat yang berlumuran darah, bergelimpangan atas lantai bersama cebisan daging manusia dan pakaian yang koyak, topi, selipar serta botol air mineral.

Letupan kuat itu juga memusnahkan sebahagian besar siling dewan.

Kumpulan ekstremis Sunni cawangan Afghanistan mengaku bertanggung jawab melakukan serangan, menyasarkan majlis perkahwinan kerana ia diadakan kumpulan Syiah.