Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Krisis Syria, enam bandar di Idlib jatuh ke tangan tentera kerajaan dalam tempoh 24 jam

  • Published in Berita Dunia

IDLIB, SYIRIA 27 Jan - Tentera Kerajaan Syria mengambil alih kawalan terhadap beberapa bandar di barat laut wilayah Idlib.

Ia berlaku disebalik usaha terbaharu Presiden Bashar al-Assad untuk menawan semula kubu kuat terakhir pemberontak.

Beratus-ratus orang meninggalkan Idlib sejak beberapa minggu ini ekoran serangan udara tentera Russia dan Syria bagi menghapuskan penentang di kubu kuat terakhir, selepas perang saudara hampir sembilan tahun.

Menurut Pamantau Hak Asasi Manusia Bagi Syria, enam bandar di Idlib telah jatuh ke tangan tentera kerajaan dalam tempoh 24 jam.

Tentera Kerajaan yang disokong pertahanan udara Russia telah mara ke pinggir bandar Maarat al-Numan, lokasi strategik yang menghubungkan Damsyik dengan Aleppo.