Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Coronavirus : Jumlah pesakit yang maut di China meningkat kepada 56 orang

  • Published in Berita Dunia

 
CHINA, 27 Jan - Wabak Koronavirus semakin membimbangkan dengan jumlah pesakit yang maut meningkat kepada 56 orang .

Presiden Xi Jinping menyatakan bahawa China sedang menghadapi "situasi paling genting" dalam menghadapi wabak itu. 

Dengan jumlah pesakit yang semakin bertambah Pihak berkuasa China terpaksa menghantar doktor tentera untuk membantu kekurangan kakitangan perubatan di Wuhan Hospital-hospital di Wuhan - pusat wabak coronavirus, kini penuh sesak dengan pesakit.

Hingga kini Lebih daripada 2,000 orang telah dijangkiti coronavirus majoritinya di China.

Jumlah kematian akibat koronavirus melonjak kepada 56 mangsa daripada 26 orang,sehari sebelum Tahun Baharu Cina.

Kerajaan China meningkatkan langkah-langkah penularan virus termasuk menggantung pengangkutan awam di 10 bandar raya.

Pihak berkuasa juga menutup semua pengangkutan ke wilayah Hubei, yang mempunyai 59 juta penduduk.

Bandar Xianning yang bersempadan dengan Wuhan, juga hampir ditutup.