Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Kanada sahkan kes pertama Coronavirus, mangsa tunjukkan gejala jangkitan selepas kembali dari Wuhan

  • Published in Berita Dunia

TORONTO, 27 JAN - Kanada mengesahkan kes pertama Koronavirus , di negara itu.

Ia melibatkan seorang warganegara yang kembali dari Wuhan, China.

Lelaki dalam lingkungan usia 50an itu tiba di Toronto pada 22 Januari dan dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan gejala jangkitan saluran pernafasan.

Mangsa pulang ke rumah dengan pengangkutan sendiri setibanya di Lapangan Terbang Toronto.

Pegawai Kesihatan Ontario mengesahkan, anggota keluarga lelaki itu diarah melakukan pengasingan sendiri, namun jumlah mereka tidak dinyatakan oleh kerajaan.