Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

150 pakar perubatan tentera dikerah bantu kekurangan kakitangan perubatan di Wuhan

  • Published in Berita Semasa

CHINA - Berikutan wabak coronavirus semakin membimbangkan dan menghadapi kekurangan pasukan perubatan.

Pihak berkuasa China terpaksa menghantar 150 pakar perubatan tentera untuk membantu kekurangan kakitangan perubatan di Wuhan.

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus China kini melonjak kepada 42 mangsa daripada 26 orang sehari sebelum Tahun Baru Cina.

Berikutan wabak ini pihak berkuasa terpaksa menghadkan perjalanan dan membatalkan perhimpunan awam.

Jumlah yang dijangkiti di seluruh dunia pula telah meningkat mendadak sehingga 1,400 orang

Virus ini dikesan di pasar makanan laut di bandar Wuhan dimana peniaga juga menjual hidupan liar secara haram .

Pihak berkuasa China telah membentuk enam pasukan perubatan berjumlah 1,230 kakitangan untuk membantu di Wuhan.

Wuhan, sebuah bandaraya dengan 11 juta penduduk, telah ditutup sejak Khamis , dengan hampir semua penerbangan dibatalkan.

Pusat pemeriksaan di jalan utama bagi laluan luar dari bandar tersebut terpaksa disekat.

Pihak berkuasa juga menutup semua pengangkutan ke wilayah Hubei, yang mempunyai 59 juta penduduk.