Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Kedah menganugerahkan kontrak merangka pelan induk pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim kepada sebuah syarikat antarabangsa

  • Published in Berita Semasa

KUBANG PASU - Kedah menganugerahkan kontrak merangka pelan induk pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada sebuah syarikat antarabangsa.

Proses penganugerahan kontrak tersebut telah pun melalui penilaian lengkap serta mengambil masa panjang untuk memastikan ketelusannya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Menaiktaraf Jalan PadangSera/Siputeh di Kubang Pasu.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menurut Datuk Seri Mukhriz KXP dijangka beroperasi pada 2024.

Sementara itu, beberapa projek lain seperti Kedah Rubber City di Padang Terap dan Northern Gateway di Bukit Kayu Hitam, kini bermula.