Logo

Polis Hong Kong : Sembur gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan

HONG KONG - Perkembangan tunjuk perasaan bantahan besar-besaran di Hong Kong.

Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan balai polis Sham Shui Po sambil menyuluh laser ke arah bangunan balai polis tersebut.

Sebahagian yang lain pula mengadakan upacara membakar colok dan wang kertas kematian yang mempunyai wajah pemimpin Hong Kong, Carrie Lam.

Tindakan tersebut bagi memberi mesej dan tekanan kepada pemimpin Hong Kong dan China agar segera memansuhkan pakatan untuk melaksanakan undang-undang mengekstradisi pesalah ke China.

Terdahulu, polis telah menyembur gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan, namum mereka masih berdegil.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.