Logo

Indeks Persepsi Jenayah, Malaysia perbaiki prestasi, lonjak ke kedudukan 51

KUALA LUMPUR - Tindakan segera yang diambil kerajaan Pakatan Harapan PH untuk menangani skandal 1MDB, SRC, FELDA dan Tabung Haji antara faktor utama Malaysia membaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah, CPI Transparency International, TI.

Menurut Presiden T-I Malaysia, Dr Muhammad Mohan peningkatan skor itu juga berikutan penahanan dan pendakwaan beberapa tokoh politik kerana dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, kebebasan media dan pengisytiharan aset oleh ahli-ahli Parlimen parti kerajaan.

Tahun ini, Malaysia melonjak ke kedudukan 51 daripada 180 negara, berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.

Skor Malaysia juga mencatat peningkatan ketara iaitu 58 mata, berbanding 47 mata pada 2018 yang tertinggi buat Malaysia dalam CPI sejak 2012.

Menurut Dr Muhammad, usaha kerajaan menggubal dan mewartakan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 juga menjadi pendorong utama kejayaan itu.

Justeru beliau turut mencadangkan kepada kerajaan mempergiat hebahan mengenai kejayaan usaha-usaha terbabit, agar persepsi dan keyakinan rakyat terus pulih.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.