Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Taufan Lekima yang membadai 9 wilayah menjejaskan hampir 13 juta penduduk

  • Published in Berita Dunia

BEIJING - Taufan Lekima yang membadai 9 wilayah menjejaskan hampir 13 juta penduduk.

Taufan tersebut memusnahkan 13,000 rumah manakala, 119 ribu lagi mengalami kerosakan termasuk kemusnahan 996 ribu hektar ladang pertanian.

Beijing menggerakkan misi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk bomba, tentera dan polis dalam usaha membantu penduduk terjejas.

Taufan tersebut menyebabkan 2 juta penduduk di Zhejiang, Jiangsu, Shandong, Anhui, Fujian dan Hebei terpaksa dipindahkan.

Turut terjejas adalah wilayah Liaoning, Jilin dan Shanghai.

Selain angin kencang, taufan Lekima turut mencetuskan bencana banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak Sabtu.

Bandar Wenling di Zhejiang adalah yang pertama dibadai taufan Lekima pada 1:45 pagi Sabtu waktu China diikuti Qingdao di Shandong pada jam 8.50 malam Ahad.

Ia meragut nyawa 48 mangsa dengan 21 masih gagal dikesan.