Monday, August 26, 2019
updated 4:56 AM UTC, Aug 26, 2019

Protes Hong Kong : PBB bimbang hub kewangan utama Asia lumpuh

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

GENEVA - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendesak pihak berkuasa mengambil pendekatan terbaik dan adil bagi mengawal protes di Hong Kong yang telah berlarutan selama tiga bulan itu.

Menurut jurucakap PBB bagi hak asasi kemanusiaan Rupert Coville, pihaknya khuatir tindakan keras bakal diambil kerajaan China dan Hong Kong untuk menghentikan demontrasi jalanan yang berlaku.

Pada masa yang sama, PBB turut bimbang dengan keganasan yang dilakukan penunjuk perasaan terhadap pihak berkuasa yang cuba mengawal keadaan.

Bagaimanapun jelas Rupert, demontrasi tersebut perlu dihentikan berikutan Hong Kong merupakan hub kewangan utama di rantau Asia dan akan lumpuh sekiranya tiada tindakan bijak diambil pihak berkuasa.

Menurutnya PBB berharap China dan Hong Kong mampu mengenakan tindakan yang adil kepada penunjuk perasaan yang didapati melanggar undang-undang negara itu, namun perlu dilakukan tanpa melampaui batas hak asasi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.