Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Konflik Kashmir: Penduduk bantah perintah berkurung

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

KASHMIR - Penduduk Kashmir mengadakan bantahan berikutan tidak berpuas hati dengan perintah berkurung yang dilakukan kerajaan India.

Penduduk Islam di situ mendesak kerajaan India menyelesaikan hak pemilikan wilayah itu mengikut resolusi yang pernah dicadangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB.

Sebelum ini PBB pernah menegur India kerana pasukan tenteranya menzalimi penduduk tanpa mempedulikan isu hak asasi.

Sementara itu penduduk Kashmir juga mendesak dialog khas antara pemimpin India dan Pakistan diadakan dengan melibatkan wakil pemimpin Kashmir termasuk penyertaan Majlis Keselamatan PBB.

5 Ogos lalu India menarik balik status separuh autonomi selama tujuh dekad di Kashmir dengan alasan tindakan diambil membabitkan hal ehwal dalaman negara itu.

Namun tindakannya jelas mencetuskan konflik dengan Pakistan, yang turut membuat tuntutan ke atas wilayah tersebut.